Isnin, 3 Ogos 2009

hepy besday mama!!

semalam besday mama kesayangan kuw yang ke-47. pejam celik..pejam celik dah masuk 47 pun usia mama. dah banyak pengorbanan yang dia lakukan pada keluarga kami. aku tabik spring sangat kat mama. mama seorang wanita yang cekal dan penyabar. sikap sabar dia terlalu sukar untuk aku tandingi. mama tak pernah merungut tentang kesusahan hidup yang dihadapi malah semakin kuat menghadapi cabaran hidup. alhamdulillah...sebagai anaknya, aku bangga memiliki ibu sepertinya. mama bukanlah berpelajaran tinggi, bukan jugak memiliki pekerjaan yang hebat sehingga bergaji 1k atau 2k sekalipun. dia hanya seorang pekerja di kantin sekolah rendah yang mana rutin hariannya bermula seawal 5 pagi. mama jugak bukan jenis yang suker meminta. aku dan adik2 kuw diasuh dengan penuh kasih sayang. diterapkan ilmu duniawi dan ilmu ahkirat sebagai bekalan hidup. ingatlah kawan2 sumer...ibu tiada galang gantinya. patah tumbuh hilang takkan berganti. jika berganti sekalipun takkan sama dengan yang lama. hargailah ibu anda selagi hayatnya masih ada.

4 pu3 kesayangan mama..

mama pakai gelang getah jer... aku tak cukup duit lagik nak beli. 'nanti kakak beli yea mama'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan