Khamis, 6 Ogos 2009

pengesahan jawatan

hooooreyy!! setelah hampir 4 tahun menabur bakti pada tembok kebal nie..aku akhir nyer dah kompem keje aka pengesahan jawatan. lama btul nak tunggu kompen nie. orang yang nak beranak pun 9 bulan jer dah meletup. aku nie bukan setakat 9 bulan...dah bermoyang2 bulan dah pun. syarat untuk pengesahan jawatan bagi kakitangan gomen cam aku ni kenalah lulus ujian jabatan, ujian JPA, kursus induksi dan latihan depo 3 bulan. dan sebetul nyerr benda2 alah yang aku gitau kat atas tu aku dah pun lulus tahun 2007. nie dah tahun 2009...apakah??? bagi kakitangan gomen yang dah kompem cam aku nie...nie adalah lesen agung untuk wat loan rumah, kete hatta loan kawin skalipun bleh wat. selagik tak kompem janganlah korang berharap nak wat loan tu. kalau nak wat pun..wat underground. kalau kantoi..lu pikir la sendiri!! so, biler dah kompem, korang bleh ler pilih sama ada nak klua kan KWSP @ tak. keje gomen nie potongan KWSP 3 tahun jer. pastu dier bagi skim pencen. kalau korang tak nak klua kan KWSP pun bleh..biar jer dier beranak. nanti dapat faedah..kan??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan